PENDAHULUAN
Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi
manusia. Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan
menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang
digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam
tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita
suara.
Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam
bab fonetik dan fonologi. Maksud dan definisi
fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik)
yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.
Manakala mengikut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition
(1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a
language or group of languages”.
Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut
menurut kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam
sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Webster’s Collegaite Dictionanry tenth
edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of speech sounds
including, especially the history and theory of sound changes in a language or
in two or more related languages”.
Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti
Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam
linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.
Huraian
huruf Vokal
Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan
buah vokal Dalam bahasa Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut.
Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu
[i], [e], [ɛ] dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o]
dan [כ] dan satu vokal tengah, iaitu [ə]. secara nyata vokal-vokal Ini tidak
betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal
Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.
Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang
bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan
melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau
geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti
bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan
atau geseran.
Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan
oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau
dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang
lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan
sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara
dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi
vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari
paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan
bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa
udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga
separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.
Huraian
Huruf konsonan
Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan
terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap
udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan
tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila
tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan
tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak
menggetarkan pita suara.
Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu
konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan
konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang
perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan
iaitu :
a) Dua konsonan letupan dua bibir
bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).
b) Dua konsonan letupan gusi
bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).
c) Dua konsonan letupan lelangit
lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).
d) Satu konsonan hentian glotis. ( ?
)
e) Dua konsonan letusan bersuara dan
tidak bersuara ( c, j )
f) Dua konsonan geseran tidak
bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran glotis bersuara (
h ).
g) Satu konsonan getaran bersuara (
r ).
h) Satu konsonan sisian bersuara ( i
).
i) Empat konsonan
sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )
j) Dua konsonan separuh
vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara (w).
k) Satu konsonan separuh vokal
lelangit keras bersuara ( j ).
Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan
daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit
lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.
Cara
membunyikan huruf vokal
Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa
terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud dalam bahasa Melayu. Huraian
berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat artikulasi
seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam
membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu.
(a) Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya:
(a)
Keadaan bibir hampar
(b)
Depan lidah dinaikkan setinggi yang
mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras
(c)
Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan
bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit
[i] seperti pada perkataan berikut:
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
Ikan
|
Bila
|
Tali
|
Ibu
|
Tiba
|
Padi
|
(a) Vokal depan separuh sempit [e]. cara
membunyikannya:
·
Keadaan bibir hampar
·
Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi
· Anak
tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga
·
hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari
·
paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan
separuh sempit [e] seperti pada perkataan berikut:
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
Enak
|
Teleng
|
Tauge
|
Elok
|
Leher
|
Tempe
|
(b) Vokal depan separuh luas atau lapang [ε].
Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah
gusi
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan
bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru keluar dari rongga
mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh
luas atau lapang [ε] seperti pada perkataan berikut:
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
Esa
|
Belek
|
Tauge
|
Enak
|
Belok
|
Tempe
|
(c) Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Depan lidah diturunkan serendah mungkin
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan
bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas
atau lapang [a] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
Awan
|
Kadar
|
Siapa
|
Anak
|
Beras
|
Nama
|
(d) Vokal belakang sempit [u]. Cara
membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke
arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan
bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang
sempit [u] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
ubat
|
bulat
|
Batu
|
ular
|
sudu
|
Palu
|
(a) Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara
membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Belakang lidah dinaikkan separuh
tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit
lembut
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan
bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang
separuh sempit [o]. seperti pada perkataan yang berikut:
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
Orang
|
Tolong
|
Pidato
|
Otak
|
Bohong
|
Koko
|
(b) Vokal belakang separuh luas atau lapang [כ].
Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan
bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang
separuh luas atau lapang seperti [כ] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
Orang
|
Borong
|
Soto
|
Oleh
|
Bolot
|
Teko
|
(f) Vokal tengah [ə]. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir antara hampar dengan bundar
(b) Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit
keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan
bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ə]
seperti pada perkataan berikut:
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
Emak
|
Penat
|
Sosialisme
|
Empat
|
Tenat
|
Behaviurisme
|
Cara
Membunyikan Konsonan
Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa
Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang
terdapat dalam jadual berikut:
Daerah sebutan
|
|||||
Cara sebutan
|
bibir
|
Gigi-gusi
|
Lelangit keras
|
Lelangit lembut
|
Glottis
|
Letupan
|
P b
|
T d
|
-
|
K g
|
-
|
Letusan
|
-
|
-
|
C j
|
-
|
-
|
Sengau
|
M
|
N
|
(ny)
|
(ng) ŋ
|
-
|
Geseran
|
-
|
S
|
-
|
-
|
H
|
Getaran
|
-
|
R
|
-
|
-
|
-
|
Sisian
|
-
|
L
|
-
|
-
|
-
|
Separuh vokal
|
W
|
-
|
Y
|
-
|
-
|
Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada
awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, r dan l.
konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej.
Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir
perkataan . hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan- perkataan
pinjaman seperti
Huraian berikut dapat menjelaskan peranan,
keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah anak tekak,
lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan bahasa Melayu asli.
Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara setiap
konsonan tersebut dihasilkan.
(a) Konsonan letupan dua bibir tidak
bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Cara membunyikannya:
Bunyi konsonan [p]
|
Bunyi konsonan [b]
|
1.
Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari
paru-paru ke rongga mulut.
2.
Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk
membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung.
3.
Pita suara direnggangkan.
4.
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5.
Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta- merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua
bibir tidak bersuara [p].
|
Cara membunyikan sama seperti
membunyikan konsonan [p]. yang berbeza ialah:
1.
Pita suara dirapatkan.
2.
Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan mengetarkan pita
suara.
3.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b].
|
Contoh perkataan:
Huruf
|
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
Konsonan [p]
|
Palu
|
Lapik
|
Atap
|
Konsonan [b]
|
Batek
|
Rabun
|
Adab
|
(b) Konsonan letupan gusi tidak
bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d]
Cara membunyikannya:
Bunyi konsonan [t]
|
Bunyi konsonan [d]
|
1.
Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus
udara.
2.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga
tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung.
3.
Pita suara direnggangkan .
4.
Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita
suara.
5.
Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta.
6.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t].
|
Cara membunyikan konsonan sama seperti
membunyikan konsonan [t]. yang berbeza ialah:
1.
Pita suara dirapatkan.
2.
Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan
pita suara.
3.
Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi bersuara [d].
|
Contoh perkataan:
Huruf
|
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
Konsonan [t]
|
Takut
|
Batas
|
Padat
|
Konsonan [d]
|
Dalam
|
Tanduk
|
Abad
|
(c) Konsonan letupan lelangit lembut
tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut bersuara [g]. Cara
membunyikannya:
Bunyi konsonan [k]
|
Bunyi konsonan [g]
|
1. Belakang
lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus
udara .
2. Lelangit
lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara
dari paru-paru ke rongga hidung. 3. Pita suara di
renggangkan. 4. Arus udara keluar dari paru-paru melaui
rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Sekatan
udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta merta.
6. Bunyi yang
dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].
|
Cara membunyikan konsonan sama seperti
membunyikan konsonan [k]. yang berbeza ialah:
1. Pita suara
dirapatkan .
2. Arus udara
dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengetarkan pita suara.
3. Bunyi yang
dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g].
|
Contoh perkataan:
Huruf
|
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
Konsonan [k]
|
Kala
|
Makan
|
Tamak
|
Konsonan [g]
|
Garam
|
Pagar
|
Dialog
|
(d) Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya:
(a) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari
paru-paru ke rongga hidung
(b) Pita suara dirapatkan sepenuhnya
(c) Arus udara yang keluar dari paru-paru
dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara.
(d) Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa
menggetarkan pita suara
Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti
pada perkataan berikut:
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
Anak
|
Saat
|
Lemak
|
Ikan
|
Rakyat
|
Budak
|
(e) Konsonan letusan lelangit keras tidak
bersuara [č] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara [Ĵ]. Cara
membunyikannya:
Bunyi konsonan [č]
|
Bunyi konsonan [Ĵ]
|
1. Hadapan lidah
rapat ke lelengit keras untuk membuat sekatan pada arus udara.
2. Lelangit
lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak
untuk membuat sekatan terhadap arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
3. Pita suara
direnggangkan.
4. Arus udara
dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5. Udara yang
tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan.
6. Bunyi yang
dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi tidak bersuara [č].
|
Cara membunyikan konsonan sama seperti
membunyikan konsonan [Ĵ]. yang berbeza ialah:
1. Pita suara
dirapatkan.
2. Arus udara
dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.
3. Bunyi yang
dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi bersuara [Ĵ]
|
Contoh perkataan:
Huruf
|
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
Konsonan [č]
|
Cara
|
Laci
|
Koc
|
Konsonan [Ĵ]
|
Jala
|
Kanji
|
Kolej
|
(f) Konsonan geseran gusi tidak bersuara
[s]:
(a) Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat
sempitan pada arus udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke
belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga
hidung.
(c) Pita suara di renggangkan.
(d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga
mulut tanpa menggetarkan pita suara
(e) Udara keluar melalui sempitan depan lidah
dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s].
Contoh perkataan:
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
Silap
|
Lasak
|
Pedas
|
Satu
|
Lesu
|
Lemas
|
(f) Konsonan getaran gusi bersuara [r]:
(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga
hidung.
(c) Pita suara dirapatkan.
(d) arus udara yang keluar dari paru-paru
melalui rongga tekak menggetarkan pita suara
(e) arus udara melalui rongga mulut menggetarkan
hujung lidah
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi
bersuara [r] seperti pada perkataan berikut:
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
Rapat
|
Tiram
|
Sabar
|
Rugi
|
Seram
|
Lebar
|
(f) Konsonan gusi bersuara [I]:
(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke
rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan
(d) Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga
mulut dengan menggetarkan pita suara
(e) Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi
lidah sahaja.
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi
bersuara [I] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
Lagu
|
Tilam
|
Tebal
|
Lipat
|
Kelam
|
Kekal
|
(f) Konsonan sengau dua bibir bersuara
[m]:
(a) Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk
membuat sekatan pada arus udara.
(g) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan
untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(h) Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga
mulut dan terus ke rongga hidung.
(i) Pita suara dirapatkan untuk
membuat getaran.
(j) Arus udara dilepaskan
perlahan-lahan.
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir
bersuara [m] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
Macam
|
Teman
|
Ketam
|
Murah
|
Lumba
|
Badam
|
(k) Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya:
(a) Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi
gusi untuk membuat sekatan arus udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan
untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c) Arus udara dari paru-paru melalui rongga
mulut terus ke rongga hidung
(d) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi
bersuara [n] seperti pada perkataan berikut:
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
Naga
|
Tanah
|
Taman
|
Nilam
|
Panah
|
Laman
|
(e) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ]
cara membunyikannya:
(a) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut
untuk membuat sekatan arus udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan
untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga
hidung.
(c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga
mulut terus ke rongga hidung.
(e) Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah
dan lelangit lembut dilepaskan pelahan-pelahan.
Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau
lelangit lembut bersuara [ŋ] seperti yang berikut:
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
Ngilu
|
Bingka
|
Lalang
|
Ngeri
|
Rangkap
|
Tulang
|
(f) Konsonan sengau gusi lelangit keras
bersuara [תּ ]. Cara membunyikannya:
(a) Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras
untuk membuat sekatan arus udara
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan
untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari paru-paru ke rongga
hidung
(c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(d) Arus udara daripada paru-paru melalui rongga
mulut dan terus ke rongga hidung
(e) Udara yang tersekat oleh depan lidah dan
lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit
keras gusi bersuara (תּ) seperti perkataan yang berikut:
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
Nyaris
|
Banyak
|
-
|
Nyala
|
Senyap
|
-
|
(f) Separuh vokal dua bibir bersuara
[w]:
(a) Bibir di bundarkan.
(b) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.
(c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga
tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru ke rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan dan lidah bergerak
dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal tengah [w].
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua
bibir bersuara [w] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
Waris
|
Kawan
|
Takraw
|
Wajar
|
Lawan
|
-
|
(g) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j].
Cara membunyikannya:
(a) Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.
(b) Bibir di hamparkan.
(c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga
tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(d) Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak
pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [j].
(e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh
vokal lelangit keras bersuara [j]
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal
lelangit keras bersuara [j] seperti pada perkataan berikut:
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
Yakin
|
Tayang
|
-
|
Yuran
|
Payah
|
-
|
KESIMPULAN
Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ
pertuturan manusia secara lansung. Organ tutur manusia ini disebut alat
artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya
mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi
bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat
artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam
menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga
utama dalam menghasilkan bunyi.
Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi
bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal
merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan
ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat
dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat
sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan
bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu
direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita
suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.
RUJUKAN
Abdullah
Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Ahmad Kamal
Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise
Arbak Othman
Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur:
Penerbitan Sarjana.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar